Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri.
Beliau berkata sebelum ini, Umno menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh.
"Shap akan dimulakan hari ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umni Bahagian Kepong di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi Umno dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap.
Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen, katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.