JASIN DAILY
Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan
ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi
kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim
mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".
"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan)
1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman
Twitter.
Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka
Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut"
dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan
melalui logo berkenaan.
Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut,
termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan
Malaysia menjadi "bahan jenaka".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.