Skuad BO
MARANG
– Tiga bekas pegawai tinggi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)
ditemukan dan berceramah diatas satu pentas pada program ‘PAS Ganti
Umno’ Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung
Padang Mengkuasng dekat sini Jumaat malam 29 Jun.
Ketiga-tiga mereka adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
PDRM Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Setiausaha Negara Datuk Ismail
Yahya dan Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peldang Tuan Haji
Abdul Rahman Taib .
Mereka
yang telah pun menjadi ahli PAS, melahirkan tekad dan keazaman bersama
dengan PAS bagi menggantikan Umno menuju Purajaya bagi menggantikan Umno
sebagai pemerintah.
Haji Abdul Rahman Taib (gambar atas)
yang sebelum ini pernah berucap pada program Selamat Tinggal Umno di
Chukai Kemaman berkata, Umno mesti digantikan kerana parti itu bukan
sahaja tidak lagi relevan, bahkan ia dalam keadaaan yang bercelaru.
Datuk Ismail Yahya (gambar tengah)
pula mendedahkan, beliau telah menjadi ahli PAS sejak lama dulu bahkan
ketika mememegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dibawah mantan
Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir, beliau terus memegang prinsip tidak
bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan.
Manakala, Datuk Fauzi Shaari (gambar bawah)memberi
peringatan kepada kerajaan walaupun beliau terikat dengan etika sebagai
seorang bekas pegawai, namun beliau akan mendedahkan ‘kebobrokan’
kerajaan Umno-BN apabila tiba waktunya.
Menurut Naib Presiden
PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyampaikan ucapan, kehadiran
ketiga-tiga bekas pegawai kanan kerajaan itu sudah cukup untuk
menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, perubahan mesti dibuat pada
pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Turut hadir adalah
Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut,
timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS peringkat
Perhubungan Negeri.
Dengar dan lihat ucapan-ucapan malam pertama PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu di Buletinonline Channel dan Kembali ke Buletinonline.net Untuk Berita Lanjut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.