Ahad, 29 Julai 2012

Tema Merdeka, rakyat jadi marah

Idris Ahmad,

Menyambut kemerdekaan adalah hak semua rakyat, bukan hak orang tertentu. Tidak pernah berlaku sebelum ini rakyat begitu marah dengan tema ini.

Kebiasaan perkara ini tidak pernah dibincang dan dijadikan polimik oleh rakyat di negara ini. Apabila tema Janji Ditepati dikemukakan ia mendapat bangkangan daripada rakyat.

Sebelum ini pun perayaan kemerdekaan negara seolah-olah sambutan ulang tahun Umno. Kerana gambar-gambar yang ditonjolkan dari kalangan Presiden Umno bukan daripada pejuang kemerdekaan yang tidak berkompromi dengan penjajah sehingga terpaksa merengkok di dalam penjara seperti Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Bostaman, Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain lagi. Sedangkan pemimpin Umno hanya menadah kemerdekaan dengan dulang emas kerana mereka adalah tali barut penjajah

Tahun ini ditambah calarnya dengan meletakkan tema kempen Barisan Nasional iaitu janji ditepati. Rakyat melihat ini adalah usaha terakhir BN untuk menjadi bahan kempen BN menjelang PRU 13 selepas hari Raya Aidil Fitri.

Najib masih tidak yakin untuk menang walaupun ditabur wang ringgit seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk isi rumah pendapatan RM3,000 kebawah dengan bantuan RM500.

Pemandu teksi dapat empat tayar baru, pelajar Univeristi dapat RM200 dan pelajar sekolah RM100. Askar  pencen zaman penjajah dapat RM3000. Banyak lagi yang Najib tabur untuk bina populariti beliau, walau pun tanpa mengambil kira implikasi kewangan.

Pemimpin BN jangan marah jika rakyat tidak ghairah untuk sambut kemerdekaan jika sikap ini berterusan.

Najib sepatutnya sedar kenapa rakyat nampak tidak berapa semangat untuk kibar bendera walaupun perkara seperti tidak sepatut terjadi.

Pemimpin BN perlu sedar rakyat berhak berbuat demikian, bukan kerana rakyat tidak petriotik, tetapi sikap pemimpin BN menyebabkan rakyat bertindak demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.