Isnin, 30 Julai 2012

Puasa tapi wang rakyat disonglap, kekayaan negara dibolot – Anwar

Oleh Nazar Hashim

PERMATANG PAUH : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibadah puasa di bulan Ramadhan tidak membawa pengertian bagi pemimpin yang sentiasa menganiaya rakyatnya.



“Ramadhan (puasa) tidak memberi makna jika wang rakyat disonglap, hak rakyat disekat, kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin dan kronisme yang menjadi-jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah ramadhan kepada hampir 1,000 jemaah pada Majlis Solat Tarawikh di Masjid Batu, Kampung Pertama, dekat sini 23 Julai lalu.

Malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, fitnah rutin setiap hari tidak memberi keuntungan dalam memastikan kerakusan kuasa di tangan pemerintah.

“Apabila hak rakyat dikhianati, bererti tuntutan al Quran tidak dijadikan amalan. Pemimpin sebegini juga tidak layak menjadi wakil rakyat sama ada sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) mahupun Ahli Parlimen,” katanya.

Anwar berkata, peningkatan indeks rasuah dan jenayah membuktikan pemimpin negara gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Katanya, pemimpin sebegini harus dinyahkan dari persada politik tanah air, kerana akan membawa banyak kerosakan kepada agama, bangsa dan negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.