KEADILAN DAILY
KOTA KINABALU.: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.
“Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
“Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.
Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
“Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
“Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia,” katanya.
Politik sukar untuk kita ramal. Tambahan pula setiap individu ada pandangan sendiri jadi memang agak susah oo..
BalasPadamSatu hal yang sudah pasti ialah, saya tahu mahu undi siapa. Kamurang???
BalasPadamkebanyakkan kejatuhan sesebuah parti di Sabah adalah kerana lompat parti. lompat parti dah menjadi budaya dalam politik Sabah.
BalasPadambagaimanapun, keluarnya beberapa pemimpin BN tak semestinya memperlihatkan BN Sabah akan tumbang. kita lihat saja PRU nnti.
BalasPadamBelum tahu lagi boleh tumbang atau tidak. Kita tunggu saja nanti mengenai perkara ini.
BalasPadamTumbang atau tidak kita dapat melihat sendiri bagaimana PR merancangnya. Kalau kita lihat sememangnya PR tidak dapat buat yang terbaik untuk penduduk Sabah.
BalasPadamPrime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak outlined seven factors why Umno and Barisan Nasional (BN) should stay in power, as opposed to a change in government.Delivering a rousing speech at the party's 66th anniversary celebrations tonight, he asked the crowd seven questions which he said can help the people make the "right decision" when it comes to choosing who to helm the next government.
BalasPadam
BalasPadam"Who can manage the economy well and stimulate economic growth to the country? Who can ensure harmony and unity? Who can bring organised change and transformation to the country?"Who can guarantee the nation's prosperity and ensure Malaysia becomes a high income nation?" he said addressing some 80,000 Umno members at the National Stadium Bukit Jalil.