Rosli Dahlan, peguam untuk Berjaya Books Sdn Bhd dan pengurus kedai Border, Nik Raina Nik Abdul Aziz berkata tindakan tergesa-gesa JAWI itu adalah 'mengejutkan'.
Beliau berkata ia kelihatan seolah-olah JAWI - dalam memohon supaya Mahkamah Syariah mempercepatkan kes terhadap Nik Raina - sedang cuba untuk memintas permohonan semakan
kehakimanyang difailkan oleh kedai buku tersebut bagi mencabar serbuan pihak berkuasa.
Katanya, ia merupakan satu penyalahgunaan yang jelas prosiding mahkamah dan penyalahgunaan kuasa mahkamah.
Rosli berkata,dalam tindakan tergesa-gesa JAWI untuk mempercepatkan prosiding itu, mereka mahu melihat Nik Raina disabitkan.
"Atas sebab ini, kami memohon untuk menangguhkan prosiding Mahkamah Syariah," katanya kepada pemberita selepas menemui Hakim Datuk Rohana Yusof dalam kamar.
Berjaya Books, Pengurus Besar Operasi dan Barang Dagangan, Stephen Fung Wye Keong, dan Nik Raina telah memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar pendakwaan JAWI terhadapnya.
Nik Raina didakwa mengedarkan buku kontroversi tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta '.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.