KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor
Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kembali berkhidmat sebagai Pengacara sebuah
Forum berkaitan Islam menerusi Forum Khas : Ehya' Ramadhan yang telah
disiarkan di TV1.
Forum yang dipaparkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam itu bakal
berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Ramadhan dengan tajuk
perbincangan berkaitan Islam khususnya mengupas aspek kerohanian ibadah
dalam mengimarahkan bulan tersebut.
Rancangan ini telah membuka tirai pada malam tadi di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) itu telah menjemput 2 panel khas iaitu Prof. Madya
Dr. Abdul Aziz Hanafi & Prof. Dr. Muhaya Hj Mohammed membincangkan
tajuk 'Ramadhan Pembinaan Sahsiah'.
Sementara itu, rata-rata penonton yang hadir menyambut baik program
tersebut yang diacarakan oleh Dr. Hasan Ali malah didakwa mengembalikan
semula aura rancangan Forum Perdana Ehwal Islam satu ketika dahulu.
Presiden Jalur Tiga (JATI) itu pernah mengendalikan program Forum
Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1 sekitar pertengahan era
1990an. Hasan Ali diperakui pada ketika itu berjaya mempengaruhi malah
telah menaikkan jumlah penonton menerusi rancangan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.