THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR— Enam buah rumah kedai di Batu 18,
Jalan Besar Ipoh, Rawang dekat sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd
Sani Harul berkata tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4
petang itu.
Beliau berkata bomba menerima panggilan daripada orang ramai mengenai kebakaran itu dan menghantar dua jentera dari Rawang dan Selayang dengan kekuatan 15 anggota ke tempat kejadian.
"Bomba tiba 10 minit selepas itu dan api dapat dikawal setengah jam kemudian.
"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama menerusi khidmat sistem pesanan ringkas. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.