Selasa, 31 Julai 2012

BN Sabah: 'Lajim Ukin kini bersendirian'

SINAR HARIAN

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
 
KOTA KINABALU - Umno Beaufort, yang sebelum ini dipimpin oleh anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin, masih berfungsi dengan kebanyakan anggota jawatankuasa (AJK) bahagiannya kekal dengan Umno.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, mereka termasuk timbalan ketua bahagian, naib ketua, kebanyakan AJK, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dan majoriti anggota anggota jawatankuasa tiga sayapnya.

"Kesemua mereka masih kekal dalam Umno. Begitu juga dengan ketua cawangan yang kekal dengan Umno. Apa yang jelas, Lajim kini bersendirian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, seperti dengan kerusi Parlimen dan dewan Undangan negeri yang lain di seluruh negara, BN bersedia untuk mempertahan kerusi Parlimen Beaufort dan Tuaran.

"Dan Insya-Allah, kami akan memenanginya lagi demi masa depan rakyat dan negeri dan negara," katanya.

Abdul Rahman mengulas tindakan Lajim yang meletak jawatan sebagai Anggota Majlsi tertinggi Umno, Ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort BN, berkuatkuasa Sabtu lepas dan juga peletakan jawatan Datuk  Wilfred Bumburing sebagai Timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

"Setengah orang mungkin berkata pengumuman Datuk Seri Lajim Ukin untuk menyertai pembangkang adalah satu perkara yang mengecewakan atau sedih.

"Secara peribadi, saya berpendapat pengumuman itu merupakan seperti majlis yang meriah bagi Barisan Nasional kerana kini, Umno Beaufort boleh secara agresif menggerakkan jenteranya tanpa diganggu oleh ketidaktentuan sejak  beberapa bulan lepas," katanya.

"BN menyaksikan pemimpin datang dan pergi. Tetapi belajar daripada pengalaman, BN terus berdiri teguh dan terus menjadi parti pilihan bagi majoriti rakyat Malaysia," katanya.

Abdul Rahman berkata, adalah jelas bahawa rakyat mengundi BN sebagai sebuah parti dan bukan calon individu seperti apa yang Lajim dan Bumburing sering keliru.

"Rakyat meletakkan kepercayaan mereka atas "dacing" yang menyediakan rancangan masa depan dan bukan mengenai "Primadona" yang hanya memikirkan kepentingan sendiri dan kedudukan sahaja," katanya. - Bernama

7 ulasan:

  1. Setiap lama membincangkan isu mengenai Lajim. Harap-harap dalam keghairahan cakap pasal isu ni, isu lain yang lebih penting tak pula terlepas pandang:P hihi

    BalasPadam
  2. Tertinggal pula "setiap laman" hihihi. Apapun, sama-sama kita layan apa yang berlaku seterusnya.

    BalasPadam
  3. Memang satu kelegaan juga sebab duri dalam daging sudah terbuka. spekulasi pun sudah terjawab. yang penting sekarang perjuangan akan diteruskan walaupun tanpa Lajim.

    BalasPadam
  4. Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Ahli Umno mendokong Umno kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam Umno.

    BalasPadam
  5. Struktur hierarki atau tatatingkat Umno diolah sebegitu rupa untuk tidak terganggu-gugat jika berlaku insiden pemimpin meninggalkan parti. Bagi sesetengah orang luar yang kurang faham, sistem tatatingkat pelbagai Umno contohnya Majlis Tertinggi, Perhubungan Negeri, Bahagian, Cawangan dan sayap-sayap dilihat sebagai 'redundant' atau berlebihan. Tetapi sebenarnya itulah yang menjadi kekuatan Umno kerana jika ada seorang pemimpin berpaling tadah, sistem berlebihan ini sukar untuk menjadi lemah dalam sekali gus. Kalau ada pemimpin atasan meninggalkan parti, belum tentu sayap wanita, pemuda, puteri dan putera akan menyokong beliau dan struktur parti secara keseluruhan masih kekal.

    BalasPadam
  6. hal Lajim tak perlu nk difirkan lagi, biarlah dia dgn hala tujunya.

    BalasPadam
  7. baik utamakan isu lebih penting.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.