Skuad BO
KUALA TERENGGANU
– Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan kerajaan yang
memperkenalkan peraturan baru undang-undang jalan raya melibatkan
pemanduan di hadapan lampu isyarat.
Katanya, peraturan itu memberikan laluan untuk pemandu untuk membelok ke kiri, walaupun lampu isyarat merah sedang menyala.
Namun katanya, sekiranya seseorang pemandu itu tidak membelok, ia menjadi satu kesalahan yang boleh didenda.
Beliau
berkata, peraturan baru itu akan menyebabkan para pemandu kenderaan
berhadapan dilemma, samada mahu membelok ke kiri atau pun sebaliknya.
“Nak
belok salah tak belok salah, belok ke kiri sekiranya selamat, tetapi
lampu merah sedang menyala, kalau langgar lampu merah salah dan kalau
tak belok ke kiri juga salah,
“ni peraturan apa…peraturan gila babi…. Bukan sahaja gila babi….babi pun jadi gila dengan peraturan macam tu,”tegasnya.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen pokok Sena berkata demikian ketika menyampaikan
ceramah pra program PAS Ganti Umno Kali Ke empat (PGU04) dan Himpunan
Hijau Terengganu yang diadakan di Kampung Padang Mengkuang, Marang pada
29 Jun.
Beliau turut membantah perlaksanaan sistem baru lalu
lintas yang memasang kamera di lokasi tertentu bagi menggantikan
tindakan saman ekor.
Katanya, perkara tersebut dibawa ke
Parlimen setelah Kempen Anti saman Ekor (KASE) yang dipimpin beliau
berjaya menyedarkan masyarakat.
Menurutnya, tindakan membantah
saman ekor dan sistem baru yang diperkenalkan bukanlah bertujuan
menggalakkan rakyat melanggar peraturan jalan raya.
Namun katanya, sebarang tindakan kerajaan mestilah memberikan keadilan kepada rakyat dan bukannya menzalimi rakyat.
Ikuti ucapan penuh datuk Mahfuz melalui rakaman video di Buletinonline Channel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.