Isnin, 30 Julai 2012

Azmin dakwa slogan "ini kali-lah' menjadi di Sabah

Wartawan Sinar Harian

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru arena politik membabitkan Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing menandakan slogan "ini kali-lah" sudah membawa perubahan di negeri tersebut menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat (PR) merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN)," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, rakyat Sabah juga perlu menolak Umno-BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia.

Katanya, dua pengumuman penting yang bersejarah - semalam dan kelmarin - menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan BN.

"Tambah pula, pentadbiran Datuk Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ia ditandai kegagalan untuk menepati janji," kata beliau lagi.

Azmin menambah, tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat (PR) untuk melaksanakan perubahan.

Katanya, mereka yakin dengan dasar-dasar PR yang terkandung dalam Buku Jingga dan pelaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita-cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat.

Katanya, PKR turut mengalu-alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung PR untuk menjana arus perubahan dalam PRU13.

Beliau seterusnya berkata, perkembangan terbaru ini juga menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam pakatan itu, "yang insya-ALLAH" akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

"Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam PRU13," kata beliau.

13 ulasan:

  1. Come on, ini kali la is a malay word and everybody can use it. What's the big deal about it?

    BalasPadam
  2. Azmin, don't be so perasan lah. This tagline existed very long time ago.I don't think you know Sabah that time.

    BalasPadam
  3. Yeah, you're right Anon. This Azmin should himself in the mirror.

    BalasPadam
  4. Azmin ni sengaja nak cari publisiti ke? Sabah memang banyak ini kali la..dalam lagu pun guna ni kali la.Macam la Pakatan beli nama tu.

    BalasPadam
  5. Bukan menjadi tapi slogan "ini kali-lah" memang sudah jadi kebiasaan pertuturan orang Sabah sebelum pun ia dijadikan slogan politik.

    BalasPadam
  6. Kesian sungguh orang tersangatlah perasan diterima ramai:P hahahha

    BalasPadam
  7. Ramai yang berminat dengan ini kalilah. jangan saja jadikan perkataan ni hak milik sendiri.

    BalasPadam
  8. Perjuangan tu yang penting.slogan ni tak bagi makna yang besar sangat.

    BalasPadam
  9. ayat 'ini kali lah' dah lama digunakan di Sabah sebelum Star ambil jadi tagline.

    BalasPadam
  10. hnya kerana ramai gunakan ayat itu, tak bermakna parti yang menggunakan tagline itu mendapat sokongan.

    BalasPadam
  11. Ini kali lahh Anwar akan kalah lagi pada PRU ini... Azmin..sedar diri sikit.

    BalasPadam
  12. Azmin ingat rakyat Sabah akan percaya dengan perjuangan PKR..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.