Tiga
pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan
dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh Beng
Hock akan mengetahui nasib mereka tidak lama lagi apabila keputusan
berhubung tindakan disiplin terhadap mereka diputuskan.
Ketua Pesuruhjaya
SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan mengemukakan
syor kepada jawatankuasa aduan SPRM berhubung kes itu sebelum sebarang
tindakan tatatertib diambil, berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa
berkenaan yang dibentuk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009.
“Kita
telah memutuskan tindakan disiplin akan yang akan diambil… kita akan
memaklumkan jawatankuasa aduan pada mesyuarat akan datang,” katanya
kepada pemberita selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Datuk
Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Abu Kassim
pada April lepas berkata tiga pegawai berkenaan telah diminta memberi
penjelasan berhubung pertuduhan itu setelah siasatan mendapati tingkah
laku mereka ketika menjalankan soal siasat terhadap Teoh, ada yang
melanggar peraturan tatatertib.
Teoh, 30,
Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati
di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16
Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di
tingkat 14, plaza berkenaan.
Suruhanjaya
Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh, memutuskan bahawa Teoh
membunuh diri akibat mengalami rasa terbeban dan tertekan dengan sesi
soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai
penyiasat SPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.