Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di'alibaba'kan.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, ini disebabkan wujudnya penglibatan pegawai yang berada dalam agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain Jabatan Imegresen, polis, dan beberapa persatuan peniaga yang melindungi peniaga asing.
Katanya, disebabkan kelonggaran itu peniaga tempatan terjejas sehingga terpaksa bersaing dengan warga asing terutamanya dalam isu mendapatkan tapak perniagaan.
“Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di’alibaba’kan,” katanya kepada pemberita dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Beliau turut bimbang sekiranya peniaga asing diberi peluang menguasai perniagaan bazar Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, dan beberapa bazar utama sekitar Kuala Lumpur bulan depan.
“Mereka ni tak bawa untung kepada kerajaan. Mereka warga asing tak bayar cukai.
“Secara purata dalam sebulan 45 kali Jabatan Imegresen buat operasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya tapi warga asing tetap wujud,” katanya.
Beliau sebelum itu bersama kira-kira 250 peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum mendesak satu suruhanjaya khas bebas membanteras kebanjiran penjaja asing diwujudkan.
Peniaga terbabit yang bernaung di bawah NGO itu berkumpul dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini pukul 2.00 petang tadi dan menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Perdana Menteri Datuk Razali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.