Demi mempertahan kan Felda Selasih, antara talian hayat terakhir Umno di Dun Jabi, kunjungan pimpinan Pas Dun Jabi baru-baru ini ke rumah seorang peneroka yang turut disertai Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, atas sifat bertanya khabar telah disalah ertikan dengan begitu buruk sangka oleh pemimpin Umno setempat.
Lantaran menerima tetamu yang berlainan fahaman politik dengan pimpinan Umno, Peneroka tersebut, Mat Jala Idris, [Gambar bawah] 61 tahun yang mempunyai seorang anak kurang upaya, memaklumkan bahawa beliau telah menerima ugutan penamatan bantuan yang selama ini diterima oleh anaknya atas sifat kehilangan upaya kekal sekiranya gagal memberikan penjelasan memuaskan atas tindakannya.
Anaknya, Zulkifli Mat Jala, [Gambar atas] 28 tahun, terlantar lumpuh, tidak mampu berkata-kata dan hanya mampu terbaring di perbaringan setelah terlibat dalam tragedi kemalangan jalan raya lebih 5 tahun lepas. Selama tempoh itulah, Mat Jala suami isteri dengan begitu tabah menerima takdir Allah, membelai dan menatang anak kesayangan mereka dengan penuh kasih sayang beserta doa dan harapan yang masih bersisa.
Malangnya, masih ada segelintir pemimpin Umno yang masih bersikap primitif. Politik ugut-mengugut, pulau-memulau masih ingin diteruskan. Demi kelangsungan kuasa, kewarasan pertimbangan dan kemanusian di kesampingkan. Unsur-unsur negatif sebegini yang merencat keharmonian hidup bermasyarakat sepatutnya telah lama dikuburkan dan kita berpolitik secara matang.
Hanya sekadar program ziarah biasa, bertanya khabar, menyantuni mereka yang kurang bernasib baik, itu pun dah dianggap sebagai suatu ancaman. Atau mereka takut kepada bayang-bayang sendiri.
Sebelum ini kita menerima maklumat, seorang ahli jawatankuasa JKKK Felda Selasih telah menerima teguran keras kerana hadir ke majlis minum petang bersama pimpinan PAS di sebuah kedai kopi baru-baru ini.
Sedangkan kata beliau kepada saya, “memang rutin harian ambo, minum air sini petang-petang, kebetulan hari ini, pimpinan PAS mari, apa salahnya ambo duduk sambil sembang-sembang? Tak kan buat gini pun salah?” Soalnya penuh kekesalan.
Ketika melakukan ziarah susulan semalam, sambil menghulurkan sedikit sumbangan, kami memberikan jaminan bahawa Mat Jala sekeluarga tak akan dibiarkan bersendirian, kami akan mempastikan setiap sen yang menjadi hak anaknya yang terlantar dikembalikan atau bersiap sedialah Umno dengan tindakan susulan yang lebih drastik. Ini bukan ugutan, tapi inilah bahasa yang sesuai dengan mereka yang masih berfikiran primitif!
Dr Azman Ibrahim
Pengarah MTD Jabi/ Naib YDP PAS Setiu
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.