Jumaat, 1 Jun 2012

Jual rahsia negara: SPRM didesak bertindak


MALAYSIA KINI
 
 
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bertindak terhadap dakwaan "pengkhianatan" dalam penjualan rahsia negara kepada pihak asing, yang berkaitan dengan penjualan kapal selam Scorpene, kata DAP.

NONE"Ia juga rasuah yang terkeji... SPRM mesti berhenti memeluk tubuh," kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang (kanan).

Anggota parlimen Ipoh Timor itu juga mempersoalkan tindakan SPRM membuat pelbagai pengumuman semalam tetapi tidak menyentuh langsung pendedahan peguam Perancis Joseph Breham.

Suruhanjaya itu semalam membersihkan nama bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada sebarang peranan dalam skandal National Feedlot Corporation dan membuka semula siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Semalam, dokumen sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli kerajaan - didakwa telah "dibeli" sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), mendakwa syarikat itu membayar €36 juta (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.