Sabtu, 30 Jun 2012

Euro 2012: Kegiatan bertaruh tambah di kalangan pekerja pejabat

Wartawan Sinar Harian

Euro 2012
Euro 2012
 
 
KUALA LUMPUR - Simptom yang dikaitkan dengan Euro 2012 amat ketara -  meningkatnya desakan untuk bertaruh/berjudi, lebih banyak cuti sakit dan ramai yang lewat ke tempat kerja, demikian menurut kaji selidik JobStreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, JobStreet.com berkata banyak aktiviti telah dapat dikesan di pejabat sepanjang musim demam bola sepak, yang akan berakhir hujung minggu ini.

Antara yang paling menonjol -  judi/pertaruhan!

"Tiga syarikat telah dapat mengesan aktiviti perjudian di kalangan pekerja," katanya.

JobStreet.com berkata, isu-isu lain yang dihadapi oleh majikan termasuklah meningkatnya permohonan cuti sakit (29 peratus), produktiviti rendah kerana kekurangan tidur (27 peratus) dan pekerja lewat ke tempat kerja (24 peratus).

Ia berkata, 52 peratus daripada majikan turut menjangkakan pekerjanya sama ada tidak hadir atau lewat untuk ke tempat kerja hari keesokannya.

Untuk mereka yang mungkin cenderung untuk lewat ke tempat kerja hari berikutnya mungkin perlu berfikir dua kali kerana sebahagian besar majikan (80 peratus) berkata mereka tidak mengamalkan tolak ansur dalam tempoh ini, katanya.

Ditanya acara sukan apakah yang mereka menjangkakan kebanyakan pekerja tidak akan bekerja ataupun lewat melaporkan diri, 62 peratus percaya ia adalah Piala Dunia 2014.

Seramai 90 pekerja sumber manusia mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dikendalikan bulan ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.