Harakahdaily, |
(Datuk Ahmad Said MB Terengganu)
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu di Perantuan (Perantau) kesal terlalu banyak bangunan yang dibina oleh kerajaan Umno runtuh semasa pemerintahan Ahmad Said mungkin kerana tiadanya keberkatan dalam perintahannya.
Ia berbanding dengan kerajaan sebelum ini sama ada kerajaan Terengganu ‘Membangun Menurut Islam’ pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau ‘Islam Haddhari, Terengganu Bistari’ pimpinan Datuk Seri Idirs Jusoh sebagai Menteri Besar.
Ketika mengulas isu 'Terengganu Darul Runtuh’, Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong turut berkata, perkara ini berlaku disebabkan tindakan sambil lewa Ahmad Said dalam memastikan bangunan yang runtuh dibaiki semula demi kepentingan rakyat.
Malah ada yang dibiarkan sehingga bertahun-tahun seperti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyebabkan rakyat bangkit membuat program Himpun dan Ingat Stadium Runtuh di tapak stadium berkenaan pada 8 Jun lalu.
Beliau berharap Menteri Besar Terengganu segera bertindak atau rakyat Terengganu memilih sebuah kerajaan yang lain sebagai alternatif.
Disebabkan perkara ini, ramai pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong Umno sebelum ini tidak tahan lagi dan mulai sedar perjuangannya bukan untuk kepentingan rakyat sebaliknya hanya slogan sahaja.
Umno menjadikan slogan mereka ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamanakan’ retorik sahaja kerana yang sebenarnya adalah untuk menjaga ‘periuk nasi’ mereka sahaja.
Seorang lagi ahli Perantau, Abdul Rahman Taib, bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang pernah menyertai Umno dikampongnya, Bukit Petiti, Manir telah nekad meninggalkan UMNO dan menyertai PAS pada bulan Mei lepas.
Abdul Rahman akan berceramah pada program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya – PAS ganti Umno’ peringkat Negeri Terengganu pada 29 Jun ini di Marang, Terengganu bersama dengan lain-lain pegawai kerajaan yang telah berhijrah kepada PAS.
(Abdul Rahman [tiga dari kiri] menerima sijil PAS dari Abdul Wahid baru-baru ini)
Sebelum ini, ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu, beliau mendedahkan sikap hipokrit pemimpin Umno.
Rawatan Panadol
Sebagai contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan sementara.
“Sebagai contoh, mereka ini (pemimpin Umno) mengatakan kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam ‘panadol’ tak payah selesai secara serius satu-satu isu itu.
“Contoh kalau ada banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal senang selama-lamanya,”jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.