Di
di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed
Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih
mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari
semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu.
Walaupun dipujuk
Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap
berkeras dengan keputusan mereka.Hampir sejam menunggu, Zed yang turut
ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir
akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah
lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.
Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.
Zed
berkata, pihaknya sebelum ini menerusi Biro Veteran persatuan itu telah
memaklumkan kedatangan mereka dan mendapat persetujuan daripada ahli
keluarga Aziz.
“Saya
tidak pasti mengapa keadaan jadi begini kerana kehadiran Seniman dengan
niat yang baik iaitu untuk melawat dan bertanya mengenai keadaan Pak
Aziz selain menyerahkan sumbangan bagi membantu meringankan bebannya.
Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.
Memandang
positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan
menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan
spekulasi lain.
“Saya
hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan
Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk
memberikan sumbangan.
“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.
“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.
“Tak
mengapalah kerana apa yang lebih penting kami telah menjalankan
tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan pelakon-pelakon veteran di
negara ini,” ujarnya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang dim
sini, pada Selasa.
Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.
Sementara
itu, Zed turut melawat pelakon Osman Kering,58, di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini bagi menyampaikan sumbangan wang
tunai kepada isterinya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48.
Norhayati
yang terharu dengan kunjungan itu memberitahu menghargai usaha Seniman
yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membantu golongan artis veteran
seperti suaminya.
Mengenai
perkembangan terkini Osman, Norhayati memberitahu suaminya masih tidak
sedarkan diri selain tekanan darah dan nadinya yang tidak stabil.
Osman atau nama sebenarnya Osman Kassim dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.