Jumaat, 29 Jun 2012

26 GRO warga asing ditahan imigresen

KOSMO

BUTTERWORTH – Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 26 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah restoran di Taman Impian, di Alma dekat sini, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, pihaknya menyerbu restoran berkenaan pada pukul 1.15 pagi semalam selepas melakukan intipan dan risikan sejak seminggu lepas.

"Semasa diserbu 24 wanita warga Thailand dan masing-masing seorang wanita warga Indonesia serta Myanmar berusia 20 tahun hingga 35 tahun sedang sibuk melayan pelanggan.

"Sebaik menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri bagaimanapun gagal kerana 30 penguat kuasa imigresen yang menyertai operasi itu telah mengepung restoran terbabit,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga daripada mereka yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri, manakala selebihnya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.