Peniaga
dan penyewa BB Plaza di Bukit Bintang di sini, mengadakan perhimpinan
aman membantah tindakan meroboh kompleks tersebut, mendakwa akan
menutup periuk nasi mereka.Hari ini, kompleks berusia 38 tahun itu
menjadi tumpuan apabila laungan “kami tidak mahu”.
Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa-penyewa BB Plaza, Hassan Saad berkata, keputusan merobohkan premis itu dibuat tanpa rundingan bersama penyewa menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.
Hassan
mendakwa MRT Corp sendiri tidak bertemu dengan pihak penyewa
membincangkan perancangan tersebut, dan mereka hanya mengetahuinya
melalui laporan media.
Justeru satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri jam 2.30 petang ini.
Sebanyak
empat bas disediakan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana
Malaysia (Ikhlas) yang turut menyokong memperjuangkan peniaga, untuk
peniaga-peniaga bergerak sama ke Putrajaya Pertubuhan Ikatan Usahawan
Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang turut menyokong
memperjuangkan peniaga.
Katanya,
mereka sedih dan kecewa apabila mendapat tahun agensi kerajaan Uda
Holding Berhad mahu merobohkan tempat itu, seperti dilaporkan akhbar
semalam.
“Mengikut perancangan asal pelan pembinaan stesen MRT itu, bangunan BB Plaza tidak terlibat.
“Tetapi semalam UDA secara mendadak setuju pengambilan tanah BB Plaza kepada MRT dengan tidak mengkaji kedudukan masa depan kami,” katanya.
“Tetapi semalam UDA secara mendadak setuju pengambilan tanah BB Plaza kepada MRT dengan tidak mengkaji kedudukan masa depan kami,” katanya.
Hassan juga berkata, terhadap peniaga yang sudah berniaga hampir 30 tahun di bangunan itu.
Semalam,
Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed
Kamaruzaman berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi
laluan pembinaan stesen MRT oleh MRT Corp Sdn. Bhd (MRT Corp).
Demonstrasi
kira-itu diwarnai dengan sepanduk “BB Plaza periuk nasi kami, harap
YAB PM bantu kami”, “Kami sokong pembangunan, kami menentang
penindasan”, dan “UDA bantu ekonomi bumiputera bukan menjahanamkan
ekonomi bumiputera”
Mereka juga melaungkan slogan “sokong PM” dan ”UDA pembohong”.
Mereka juga melaungkan slogan “sokong PM” dan ”UDA pembohong”.
Kumpulan
itu juga bercadang menghantar memorandum kepada perdana menteri petang
ini bagi memohon campur tangannya, kata Hassan pada sidang media selepas
mengadakan demonstrasi di hadapan BB Plaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.