Ketua
Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata polis perlu menyegerakan
siasatan terhadap mereka yang melakukan kesalahan undang-undang semasa
perhimpunan yang bertukar menjadi ganas di ibu negara Sabtu
lepas.Katanya rakaman video mengenai rusuhan itu perlu dipertontonkan
kepada khalayak ramai bagi membuktikan penganjur gagal menepati janji
untuk berhimpun secara aman dalam masa dua jam.
Beliau
berkata demikian selepas majlis ramah mesra dengan para pemimpin UMNO
Bahagian Kuala Langat dan cawangan Sijangkang di sini, Isnin. Sebelum
itu beliau bersarapan pagi bersama mereka selepas menunaikan solat
subuh berjemaah di surau berhampiran.
Ahmad yang
juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kejadian pada
Sabtu lepas merugikan negara kerana ia mengganggu kegiatan perniagaan
dan perkhidmatan untuk orang ramai seperti teksi serta menakutkan para
pelancong asing.
“Rusuhan
ini juga memburukkan imej negara di mana kejadian ini akan dimanipulasi
media asing sedangkan ia tidak menggambarkan suasana sebenar negara
yang lazimnya aman sepanjang tahun,” katanya.
Tegas
beliau Malaysia menjunjung demokrasi dan membenarkan perhimpunan aman
yang terkawal dengan menggubal Akta Perhimpunan Aman 2011.
“Kita
tidak takut pada suara yang berbeza sebab kita tidak boleh nak
menyamakan semua pandangan orang…semua orang ada pandangan tertentu,
kita tak takut.
“Inilah yang kita khuatir apabila berlaku perhimpunan ramai-ramai begitu akan berlaku ‘mob psychology’, satu keadaaan di mana orang baik boleh jadi garang, orang lembut jadi kasar, yang tak menjerit jadi menjerit, yang nak aman jadi huru-hara,” kata beliau.
“Inilah yang kita khuatir apabila berlaku perhimpunan ramai-ramai begitu akan berlaku ‘mob psychology’, satu keadaaan di mana orang baik boleh jadi garang, orang lembut jadi kasar, yang tak menjerit jadi menjerit, yang nak aman jadi huru-hara,” kata beliau.
Oleh sebab
itu kerajaan membenarkan perhimpunan aman di tempat yang terkawal
umpamanya stadium dan dalam hal ini pihak berkuasa telah menawarkan
beberapa tempat seperti Stadium Merdeka, Stadium Nasional Bukit Jalil,
Stadium Titiwangsa tetapi tidak dipersetujui oleh penganjur yang
berkeras mahu menunjuk perasaan di Dataran Merdeka, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.