Oleh: Masdar Wahid
PETALING JAYA : Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel
berkata, media arus perdana di negara ini cuba menggelapkan berita
mengenai skandal Kapal Selam Scorpene yang kini di peringkat
perbicaraan di Mahkamah Perancis.
Katanya, kecuali media dalam talian seperti Malaysiakini, dan akhbar
alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah, media lain tidak
menjadikan kes berkenaan sebagai berita utama.
Walhal katanya, perbicaraan kes berkenaan sangat penting kerana
melibatkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan wujudnya kes
pembunuhan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi taklimat berhubung kes Scorpene di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
Dalam pada itu Cynthia berkata, tahap kesedaran rakyat Malaysia
mengenai kes Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis, juga masih
rendah.
Dari kajian yang dijalankan Suaram dan Merdeka Centre, hanya 52
peratus rakyat Malaysia yang sedar kes tersebut sedang dibicarakan di
mahkamah itu.
Katanya dari bancian tersebut, kaum Cina memiliki kesedaran 62 peratus, diikuti kaum India 46 peratus dan Melayu 40 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.