Rafizi dan Zuraida
Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini berhubung kes
NFC/penglibatan Shahrizat Jalil serta tuduhan terhadap Azmin Ali.
Sungguh
pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan
melepaskan Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan
SPRM membuka siasatan terhadap Azmin Ali (gambar kanan) benar-benar
mendedahkan wajah sebenar SPRM.
Rakyat boleh menilai tindakan
tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin Ali walaupun laporan dan
siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR, pada ketika itu) telah menyatakan
bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.
Berbeza
pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan
Shahrizat Jalil, walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat
keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah
syarikat milik keluarga beliau.
Kami bentangkan fakta-fakta berikut agar rakyat boleh menghakimi sendiri tindak-tanduk SPRM dalam dua kes ini:
KES AZMIN ALI
1.
Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR telah membuat kenyataan hari
ini dan semalam bahawa siasatan mendapati tidak ada unsur rasuah yang
mewajarkan dakwaan ketika siasatan dibuat terhadap Azmin Ali dalam tahun
1995;
2. Beliau menyatakan bahawa SPR mengesyorkan agar tindakan
disiplin dikenakan terhadap Azmin Ali bertepatan dengan peraturan
jabatan kerajaan;
3. Insiden dan fakta kes ini telah dinyatakan
secara jelas di dalam bukunya "The Shafee Yahaya Story" mukasurat 306,
326 dan 356.
KES NFC- SHAHRIZAT JALIL
1.
Noh Omar telah menyatakan di Parlimen bahawa tender NFC dibuat secara
tertutup dengan menjemput hanya enam buah syarikat, antaranya NFCorp dan
Felda Farm Products Sdn Bhd. Hanya Felda Farm Products Sdn Bhd yang
mempunyai pengalaman dalam industri penternakan, sedangkan NFCorp hanya
baru ditubuhkan;
2.
Berdasarkan peraturan umum perolehan dan tender mana-mana badan (apatah
lagi projek besar kerajaan), tindakan menganugerahkan tender kepada
sebuah syarikat yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya adalah
satu tindakan rasuah;
3. Ini bermakna, Jawatankuasa Tender
Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Najib Razak sendiri telah
melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250
juta kepada NFCorp yang langsung tidak mempunyai pengalaman
mengendalikannya;
4. Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di
antara Najib Razak (sebagai pengerusi Jawatankuasa Tender) dan NFCorp
adalah Shahrizat Jalil (gambar kiri, kiri ) melalui hubungan
kekeluargaan beliau (dengan NFCorp) dan hubungan politik (dengan Najib
Razak).
Rakyat sudah tentu dapat membezakan bagaimana SPRM
berhempas pulas membuka fail siasatan baru terhadap Azmin walaupun tiada
fakta, tetapi melepaskan sahaja Shahrizat Jalil walaupun jelas satu
perbuatan pecah amanah telah berlaku.
Kami yakin SPRM tidak pun
memanggil Najib Razak untuk disoalsiasat walaupun beliau saksi utama
yang perlu ditemuramah untuk memahami kenapa tender RM250 juta
dianugerahkan kepada NFC.
Malah, kami sendiri pelik kenapa kami
tidak dipanggil untuk disoalsiasat sedangkan kamilah yang paling ke
depan membongkarkan penyelewengan NFC?
Kami yakin bahawa rakyat telah memutuskan ada perlakuan rasuah di dalam kes NFC.
Tugas
SPRM sekarang bukanlah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional untuk
membuka fail menyiasat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di kala
pilihanraya begitu dekat. Tugas SPRM ialah menjawab persoalan-persoalan
mengenai kes pecah amanah besar seperti NFC.
Soalan kami
mewakili rakyat Malaysia kepada SPRM: Jika Shahrizat Jalil tidak
terlibat, apakah ini bermakna Najib Razak yang pecah amanah kerana
beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Shahrizat Jalil)
menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFCorp yang tidak layak?
*Zuraida
Kamaruddin (gambar kanan, kanan) ialah Ketua Wanita dan Mohd Rafizi
Ramli (gambar kanan, kiri) adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan
Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.