DK Vicky
JINGGA 13 menyatakan sokongan tehadap kenyataan dan pendirian Lim Kit
Siang, Ketua Parlimen DAP yang menyatakan Perdana Menteri tetap daripada
orang Melayu membuktikan bahawa segala propaganda murahan UMNO dan
Media UMNO telah pun terjawab dan menafikan segala hasutan dan sentimen
perkauman yang dimainkan yang bertujuan meraih sokongan secara kotor dan
jijik.
UMNO dan media UMNO sepatutnya sedar bahawa dalam
Perlembagaan Persekutuan tercatat secara jelas bahawa tidak termaktub
hanya orang Melayu sahaja boleh menyandang jawatan Perdana Menteri.
Berdasarkan perlembagaan mana-mana warganegara boleh menjawat jawatan
Perdana Menteri.
Sentimen perkauman yang cuba dicetuskan bukan
sahaja bertujuan memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat tetapi bertujuan
mewujudkan ketegangan kaum yang boleh mengugat keharmonian dan perpaduan
kaum yang telah terbina sekian lama di atas prinsip dan dasar yang
jelas dipupuk demi kecintaan kepada negara, malah kesetiaan pelbagai
kaum di Malaysia terhadap Raja dan Negara sudah tidak perlu dipertikai
dan dinafikan oleh sesiapa pun.
UMNO
dan media UMNO terutama Utusan Malaysia wajib menghentikan segala
propaganda murahan yang sengaja diwujudkan bagi tujuan kepentingan
meraih sokongan orang Melayu dalam pilihanraya semata-mata.
JINGGA
13 yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan
propaganda murahan tersebut kerana rakyat Malaysia sudah semakin matang
dan mampu menilai sesuatu maklumat dengan bijaksana di atas prinsip
perpaduan kaum yang sama-sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini.
*Kenyataan media oleh DK Vicky selaku Setiausaha JINGGA 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.