Rabu, 30 Mei 2012

Ibrahim Ali Geli Hati Dengar Seruan Terbaru Nik Aziz

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan adalah sesuatu yang sangat kelakar dan mengelikan hati apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyeru rakyat negeri itu menderma untuk projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang menelan belanja RM1.8 bilion.

Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas menyifatkan seruan itu sebagai gimik politik yang terhebat pernah didengarinya menjelang pilihan raya umum.

"Seruan itu sangat kelakar...dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, kemudian projek pelabuhan dan Bandar Pantai Tujuh Tumpat dan pelabuhan barat Kuala Krai. Tapi mana semua projek itu?," tanya Ibrahim dalam satu kenyataan media, Selasa.

Mengenai seruan terbaru Nik Aziz ini, beliau berkata, kalau hendak mengharapkan derma hendak siap lebuh raya yang dicadangkan itu, mungkin tunggu lagi 50 ke 100 tahun pun belum tentu boleh penuh dana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.