SINAR HARIAN
Penganjur debat itu Institut Strategi & Kepimpinan Asia (Asli) memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa perkara dasar yang dimaksudkan adalah berkaitan pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan nasional, kebajikan orang ramai dan pembasmian kemiskinan.
Dua pemimpin parti itu akan berbahas atas tajuk 'DAP & MCA: Dasar Siapakah Lebih Memberi Manfaat Kepada Masyarakat?'
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asli, Datuk Dr Michael Yeoh berkata beliau akan bertindak sebagai moderator pada debat selama dua jam itu.
Kali ini, debat yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya itu menggunakan bahasa Inggeris.
Debat pertama antara mereka pada 18 Februari menggunakan bahasa Mandarin dan bertajuk 'Adakah Sistem Dua Parti Akan Menjadi Sistem Dua Bangsa?'.
Ia berlangsung di Berjaya Times Square Hotel dan disiarkan secara langsung oleh Astro AEC, berserta terjemahan ke bahasa Malaysia melalui Astro Awani.
Selepas debat itu, kedua-dua pemimpin bersetuju berdepat sekali lagi, sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.