Sabtu, 28 April 2012

Zuraida: Bersih 3.0 capai sasaran

 
Rakyat dah faham apa yang mereka buat dan tujuan mereka datang ke sini, katanya.




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin ditemui FMT berkata, sasaran untuk Bersih 3.0 tercapai dengan kehadiran rakyat turun bersama-sama menuntut pilihan raya bersih dan adil.

“Rakyat dah faham apa yang mereka buat dan tujuan mereka datang ke sini. Anak muda di kalangan bangsa Cina pun ramai yang turun,” kata Ketua Wanita PKR itu ketika ditemui di Jalan TAR.

Dianggarkan lebih 80,000 peserta daripada berbilang bangsa dan lapisan masyarakat hadir di sekitar Dataran Merdeka sejak awal pagi tadi untuk menuntut pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.