Polis
melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0
kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di
persekitaran Dataran Merdeka.
Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai. Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.
Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.
Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai. Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.
Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.
Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.
Polis mula
membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan
semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan
mereka.
Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggota Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya.
Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.
“Baru
terkena gas pemedih mata, Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah
balas perbuatan zalim mereka,” tulis beliau menerusi twitter.
Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian.
Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ.
Seorang
lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran
Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh
pasukan perubatan.
Seorang
peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan
rawatan oleh St John Ambulance. Beberapa peserta berundur dari Dataran
Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.
Penyokong yang ditahan dibawa ke Kelab Diraja Selangor untuk tindakan selanjutnya.
Namun
begitu, ramai hairan mengapa pihak polis beriya-riya mengejar pendemo
sehingga hamper 1 kilometer sedangkan mereka patut sahaja bertahan
mengelakkan orang ramai daripada memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Malah, ada
menganggap adanya konspirasi pihak RapidKL yang didakwa sengaja menutup
stesen-stesen LRT berhampiran untuk membiarkan orang ramai yang hadir
diburu dan ‘diratah’ pihak berkuasa.
Walaupun
begitu, ramai pemilik kedai berhampiran membuka kedai mereka bagi
membantu para pendemo mendapat perlindungan daripada aksi keganasan
polis.
Ramai
berpendapat keganasan polis kali ini adalah lebih teruk dan terburuk
jika dibandingkan dengan siri-siri demo rakyat sebelum ini meskipun
negara menyaksikan pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman 2011.
Bukan keterlaluan, tapi BIADAP, KEJAM, DURJANA & SYAITAN!
BalasPadam