Gabungan Pilihan
Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah
mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang
perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.
Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat (gambar kanan) menulis dalam laman sosial Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan.

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menghubungi MerdekaReview
kemudiannya, bahawa polis tidak sempat untuk memperolehi perintah
mahkamah, agar senarai tersebut boleh disiarkan pada hari esok.
Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4. Pada 7 Julai 2011, pihak polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang daripada memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk Pengerusi BERSIH Ambiga S, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan lain-lain. Senarai tersebut juga disiarkan di media pada ketika itu.

Ketua Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini.
Tindakan perlu jika perhimpunan di Dataran Merdeka
Di samping itu, menurut laporan BERNAMA,
Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein berkata polis akan mengambil
tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi
berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka
pada hujung minggu ini.
"Kita
sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka
untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain.. jika mereka berdegil jadi
terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," kata Hishammuddin
Hussein (gambar kiri).
Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
"Saya
harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang
ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang
dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan
demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya
apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan
yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu
tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung
kepada tindakan pihak penganjur".
Katanya
polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan
berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini.
Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur
untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu
tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan
menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium
Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.
Hishammuddin
berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana
mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu.
*Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.