Ahad, 1 April 2012

Megah simpanan RM1.9 bilion, janji manifesto macamana?

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Kerajaan negeri disaran supaya henti mendabik dada dengan megahnya mengumumkan jumlah simpanan kerajaan negeri semakin meningkat, sebaliknya menyalurkan sebahagian daripada RM1.9 bilion itu bagi manfaatkan untuk rakyat khususnya di negeri Selangor.

Bekas menteri besar, Datuk Seri Mohd Khir Toyo berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim wajar menggunakan simpanan tunai RM1.9 bilion untuk menunaikan janji-janji pilihanraya yang masih tertangguh.

Beliau juga melahirkan keraguannya terhadap pengumuman Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan menyifatkannya sebagai berkemungkinan hanya bertujuan untuk mengabui serta membohongi rakyat.

"Kalau ikut akaun yang saya dapat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, duit 'cash'(simpanan) kerajaan negeri pada hujung tahun lepas adalah sekadar RM390 juta sahaja...mereka membohongi rakyat mengatakan simpanan itu tinggi, mengamalkan pentadbiran yang baik," katanya kepada Mychannel13.com.

Sehubungan itu, beliau mahu Khalid membuktikan kesahihan kerajaan negeri benar-benar memilik RM1.9 bilion seperti yang diumumkan Khalid, baru baru ini.

Menurutnya, salah satu cara yang terbaik membuktikannya adalah dengan menyalurkan sebahagian kecil wang simpanan itu untuk manfaat dan kemudahan rakyat dengan menunaikan janji-janji pilihanraya seperti yang terkandung dalam manifesto PR .

"Jadi saya agak curiga samada duit yang dikatakan ada itu, benar-benar ada atau satu penipuan dan saya cabar Tan Sri Khalid kalau benarlah dia ada RM1.9 bilion, saya harap dia tunaikan janji-janji pilihanraya mereka dan janganlah simpan duit itu didalam bank selepas itu mendabik dada mempunyaii simpanan yang tinggi dan rakyat yang menderita banjir, derita sampah...derita jalan berlubang dan sebagainya," katanya lagi.

Khir, juga membidas sikap kerajaan negeri yang tidak memanfaatkan peruntukan RM600 juta yang diberi oleh kerajaan persekutuan bertujuan memperbaiki kemudahan infrastruktur di negeri itu.

"Yang sedihnya kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM600 juta untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur negeri Selangor, tetapi ia tidak dibelanjakan sepenuhnya dan kita lihat jalan berlubang...longkang tersumbat dan sampah tak diangkut, ini semua kerana mereka menggunakan duit itu untuk kepentingan lain," ujarnya lagi.

Beliai juga menimbulkan persoalan mengapa kerajaan negeri lebih mementingkan program-program berkaitan pilihan raya dengan menggunakan wang sumber kerajaan negeri sekaligus mengabaikan tanggungjawabnya kepada rakyat yang dibelenggui dengan pelbagai masalah sejak kerajaan PR mengambil alih pentadbiran negeri.

Saya mengambil contoh yang besar, peruntukan untuk menyebar luas maklumat kerajaan negeri membelanjakan lebih kurang RM15 juta untuk pilihanraya saja seperti poster, pamphlet..ini satu pembaziran," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.