Agak
mengejutkan apabila laporan yang disiarkan oleh media sama ada media
cetak dan media elektronik semalam, 29 April mengandungi berita yang
menghala ke satu tujuan iaitu meletakkan segala kesalahan kepada
peserta Bersih 3.0 dan memberikan liputan yang positif kepada pihak
polis.
Presiden Intelek Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata,
laporan itu seolah-olahnya semua tindakan yang dilakukan oleh polis
adalah betul dan tepat.
Katanya,
laporan yang berat sebelah dibuat oleh media sudah tentu akan membina
satu persepsi buruk terhadap Bersih 3.0 sedangkan realitinya himpunan
yang aman itu bertukar menjadi ganas, kacau-bilau dan huru-hara akibat
gangguan dan halangan yang dilakukan oleh pihak polis secara langsung
dan tidak langsung.
Menurutnya,
sebagai sebuah negara yang mengiktiraf demokrasi yang memberikan
keadilan dan hak kepada semua rakyat perlu memberikan ruang kepada
rakyat untuk berhimpun di ibu negara.
Ini,
ujarnya kerana himpunan yang dilakukan itu bukan himpunan tanpa tujuan
tetapi bagi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan
pada masa ini kerana PRU adalah merupakan ruang untuk rakyat memilih
sebuah pemerintahan yang mereka inginkan.
“Laporan
media jelas begitu berat sebelah. Sebagai contohnya, laporan berita TV3
menyatakan bahawa terdapat pegawai polis yang cedera sedangkan
kecederaan yang dialami oleh peserta Bersih jauh lebih ramai dan jauh
lebih teruk kecederaannya.
“Kenapa
kecederaan peserta Bersih tidak mahu dilaporkan, adakah kerana
sememangnya maklumat itu tidak diterima ataupun sengaja mahu
disorokkan?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Sebab itu,
kata beliau persoalan tentang integriti media massa bukanlah sekadar
persoalan yang bersifat teoritikal, sebaliknya merupakan persoalan
pengaplikasian yang praktikal bukan sekadar slogan sahaja.
Tambahnya,
laporan yang tiada integriti ataupun tiada kejujuran akan menyebabkan
sama ada rakyat akan membenci Bersih 3.0 ataupun rakyat akan membenci
media massa arus perdana yang berterusan melaporkan berita yang tidak
telus dan menyebelahi pemerintah dan konco-konconya.
“Media
massa sepatutnya bebas untuk memberikan laporan yang adil kepada semua
berita, bukan hanya yang positif untuk pemerintah sahaja tetapi perlu
juga berita yang dapat membandingkan apa yang berlaku,” katanya lagi.
“Akhirnya, pembaca akan bertindak satu hala yang bersesuaian dengan pemerintah,” ujarnya.
Maka,
jelasnya tidaklah menghairankan mengapa Bersih bersungguh-sungguh mahu
agar media massa melaksanakan tugas dengan bebas dan adil dalam salah
satu tuntutan yang telah dikemukakan sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.