Malam ini saya menjadi lebih tidak mengantuk dari malam-malam
sebelumnya. Hairan kaki juga yang terhinjuk-hinjuk kerana diserang
hendap gaout itu sejak tiga minggu lalu sembuh dengan tiba-tiba. Seakan
ada malaikat dari langit turun menyimbah ke rumah saya membuang segala
sengal dan bisa gout. Apakah itu dinamakan semangat?
| | | | | |
| | | | | Warga emas ini juga turut sama mabit. |
Tadi saya sudah cuba untuk melelapkan mati awal bagi merihat tubuh
kerana seharian menguruskan perjalanan ke Dataran Merdeka esok. Berjumpa
anak buah yang sampai dari segenap penjuru, bagi keperluan dan makan
minum kepada mereka. Ingat untuk berihat sejam dua untuk bangun esok
dengan lebih sumringah dan gagah.
|
Simpang jalan berhampiran Dataran Merdeka sesak. |
Cuba untuk tidur dan membiarkan apa yang berlaku di luar. Saya tahu di
kedai-kedai kopi dan warung mamak dipenuhi manusia Bersih yang baru
sampai dari segenap penjuru. Lagipun rasanya perjuangan hari ini sudah
berbaloi. Tetapi setelah membuka
Fb dan meneliti gambar-gambar
dan perkembangan di Dataran Merdeka, melihat buakan manusia yang
berhimpun di simpang Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, segera
letih yang menguasai diri tiba-tiba hilang melayang. Jeritan dan sorakan
seakan memanggil-manggil untuk segera mendatangi Dataran Merdeka
melihat apa yang berlaku di sana dan untuk menggabungkan diri sama.
|
Setiap kereta yang melalui jalan ini membunyikan hon tanda sokong. |
Di sudut hati kecil rasa bersalah kalau diri ini tidur dan rihat
sedangkan insan lain sedang menapak ke arah Dataran Merdeka. Mereka ke
sana bukan untuk duduk dan bantah lagi, tetapi untuk memerhati dan
mengintai lubang mana mereka harus bolos untuk bertapak di situ esok.
Justeru rasa bersalah itu maka menyebabkan saya memaksa diri menampak
juga ke Dataran Merdeka untuk melihat rombongan manusia yang sedang
'mabit' di situ.
Sesampai di simpang jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 60 meter dari
Dataran Merdeka penat dan lelah yang mengelilingi diri tiba-tiba terus
hilang. Sakit di hujung jari kaki dan tumit kanan juga ghaib entah ke
mana. Sorakan dan laungan
Bersih... Bersih... yang berkecamukan
dengan pelbagai nada dan butiran sorakan menghilangkan rasa letih.
Tiba-tiba setongkol semangat menggupal dalam diri menjadi kuat dan
terasa muda 25 tahun.
|
Polis berada dalam pagar kawat duri mengawal dataran yang kosong. Kan Bengong. |
Pada masa saya mengujungi Dataran Merdeka lebih 5,000 berhimpun di situ
membuat berbagai aksi. Ada yang duduk, berdiri dan beralun ke sana ke
mari tanpa haluan yang jelas. Tepai masing-masing melonjak-lonjak
kegembiraan sambil ditangan memegang berbagai banner dan juga sepanduk
yang mereka bawa khas. Ada juga bersalaman sesama sendiri menyatakan
keseronokan.
|
Angka ini esok akan meningkat 20 kali ganda. |
Sepanduk
Stop Lynas dan
Bersih bergabung menjadi satu.
Melayang-layang diudara dengan penuh kemegahan. Ada juga sehelai dua
bendera Pas yang menerawan di dalam gelap, tetapi jelas kecerahannya
kerana ia ada bulan purnama. Tidak ada rasa takut dan bimbang di
kalanagn para himpunan. Seakan ada jaminan dari pihak polis dan juga
DBKL. Semacam ada suara yang melaung dari atas puncak bendera tertinggi
di dataran itu, berhimpunlah, berjuanglah menuntut hak anda dan jangan
takut kepada cabaran dan merasa hina kepada cacian.
Mereka menjerit-jerit seakan kemenangan sudah berada ditangan. Sepasukan
polis dengan kekuataan 200 anggota tidak berbuat apa-apa dan melihat
dengan mata terkebil-kebil persis cicak tertelan kapur dari dalam
Dataran Merdeka yang dikurung. Keadaan polis tidak ubah seperti haiwan
yang diletak di dalam zoo menjadi tontotan orang ramai. Bagusnya tidak
ada provokasi dan ejekan orang ramai kepada polis yang memantau mereka.
|
Sorakan akan bergemuruh setiap kali kereta yang lalu membunyikan hon. |
Paling mengejutkan saya lebih 90 peratus yang hadir adalah anak-anak
muda yang terdiri dari golongan mahasiswa berbilang kaum. Diwajah
masing-masing terpancasr keyakinan atas apa yang mereka usahakan. Bukan
sahaja orang Melayu yang dikatakan menjadi alat dan suka berdemo tetapi
anak-anak muda Cina, India juga kali ini mendomonasi himpunan. Inilah
perubahan yang digeruni oleh pihak tertentu.
|
Kesian polis hanya mampu melihat gelagat himpunan dengan penuh hormat. |
Mereka pula bergerak seiringan, melaung kata-kata
Hancur Umno dan
BN serentak. Tidak ada perpisahan jarak langkah dan nada dalam melaungkan slogan semangat mahu berubah. Di celah-celah laungan
Bersih, Hancur Umno bergema berderai panjang langan kalimah
Allahuakbar.
Setiap kali kalimah itu bergema, roma saya merinding dan merasakan
bahawa kemenangan sudah di hujung jari. Entah... saya sendiri merasakan
berada di waktu malam di sebuah dataran begitu seperti sedang mabit di
Muzalifah untuk mengutip batu untuk melontar syaitan yang durjana.
Apakah yang akan berlaku esok? Manusia yang berhimpun dan berkumpul di
situ esok tentu lebih ramai. Kalau malam ini jumlah lebih 5,000 sudah
tentu esok jumlah itu akan mengembangkan menjadi 100,000, 200,000
ataupun 300,000? Saya jamin keadaan itu akan berlalu. Tanpa ada gangguan
dan sekatan jalan raya, tindakan polis dan DBKL mempermudahkan untuk
himpunan masuk, pasti jumlah himpunan itu esok terbesar berbanding
dengan dua Bersih sebelum ini. Jumlah himpunan besok boleh menyebabkan
Rosmah Mansor akan terkencing 16 kali sehari!
|
Setengah mereka tidak akan balik dan akan bermalam di atas jalan. |
Alhamudlilah himpunan malam ini sebagai pembetul urat dan muqadimah
menunjukkan kewarasan para himpunan. Mereka membuat latihan dengan penuh
profesional tanpa menunjuk sikap rakus atau tanda-tanda mereka akan
melakukan kekacauan. Kecualilah menjelang Subuh nanti kalau polis dan
DBKL gtiba-tiba menjadi iseng tentu keadaan berubah.
|
Bergambar kenang-kenangan sambil menunjukkan solidariti. |
Selalunya keadaan tegang berlaku bila polis membuat provokasi. Malam ini
tanpa provokasi dan sikap polis terkebil-kebil melihat telatah himpunan
yang penuh bersemangat, tidak ada apa-apa yang tidak baik berlaku.
Walaupun mereka agak menganggu lalu lintas tetapi mereka memberi kawalan
baik kepada trafik. Setiap kereta yang lalu dijalan itu pula memberi
hon bertalu-talu menandakan mereka sokong himpunan, sokong UBN
dihancurkan. Tiada pegawai polis trafik yang mengurus lalu lintas di
sutu kecuali SB yang berkeliaran di celah-celah himpun mendengar apakah
risik dan riak yang mencurigakan.
Seperti dikatakan tadi dengan jumlah malam ini akan menjadi 10 atau 20
kali ganda, menyebabkan himpunan itu lebih besar dan lebih bersemangat
lagi. Apakah esok sesudah jumlah rampai sehingga banjir kilat manusia
berlaku di situ, gelong-gelong dawai yang dipasang akan direntak dan
ditarik ke belakang akhirnya mereka akan bermukim di Dataran Merdeka?
Tenguklah esok apa akan berlaku. Cuma saya berharap dan berdoa polis
tidak mengubah sikap dan pemikiran untuk menjadi gila pada esoknya.
Layanlah para himpunan dengan baik nescaya mereka tidak akan sesekali
menimbulkan ketegangan dan kekacauan yang mana polis juga akhirnya akan
dipersalahkan.
Semoga mentari esok lekas terbit dan membawa bahagia dan rahmat kepada
kita semua. Yakin dan percayalah himpunan itu bukan untuk menyusahkan
sesiapa tetapi demi membawa kebaikan untuk semua. Siapa di antara kita
yang sukakan kepada perbalahan, ketegangan ataupun permusuhan? Hanya
golongan bernama musuh saja yang akan melakukan semua itu kerana mereka
jahat untuk mengekalkan kuasa secara busuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.