Sabtu, 28 April 2012

Dataran Merdeka Ditawan

Faizal Riduan,   
 
 
Peserta demo tak reti 'duduk diam'!
Bangkit bangun melanggar sempadan,
FRU naik angin dan turun asap,
Pendemo hujung hilang dan pangkal lesap.

Dataran Merdeka sudah ditawan!
Oleh manusia yang tak serupa orang,
Jadi dataran perang dan dataran berang,
Kalah menang jadi abu arang.

Dataran Merdeka tak merdeka lagi,
Dipagar kawat duri dan polis sana sini,
Tak bebas berjalan dan berlari,
Siapa yang memajak dan menjajah dataran sejarah ini?

Dataran usang ini kian berasap dan berair,
Bersama harapan rakyat yang meresap dan mengalir.

Faizal Riduan
2.30 petang
28 April 2012
Dataran Merdeka
  Puisi ini terinspirasi ketika melihat insiden demonstrasi Bersih 3.0 sebentar tadi. Penulis adalah Penulis Kanan, Milenia Muslim yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.