Pengalaman pedih 709 berulang apabila
FRU membedil gas pemedih mata terhadap kira-kira 10 ribu orang yang
berkumpul di persimpangan jalan berdekatan Dataran Merdeka. Peserta
perhimpunan BERSIH 3.0 yang antaranya orang tua dan budak berlari
lintang pukang untuk menyelamatkan diri daripada asap gas pemedih mata.
Sungguhpun diadakan sekatan jalan raya, dan Dataran Merdeka ditutup dengan kawat besi, namun ia gagal menghalang kebanjiran manusia dari rata-rata ke lokasi perhimpunan. Mereka duduk sambil melaungkan slogan, kadang-kala bangun dan menyanyikan lagu Negaraku, dari kira-kira jam 9 pagi hingga tengah hari.
Sungguhpun diadakan sekatan jalan raya, dan Dataran Merdeka ditutup dengan kawat besi, namun ia gagal menghalang kebanjiran manusia dari rata-rata ke lokasi perhimpunan. Mereka duduk sambil melaungkan slogan, kadang-kala bangun dan menyanyikan lagu Negaraku, dari kira-kira jam 9 pagi hingga tengah hari.
Beberapa
orang pemimpin, termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin
Huat, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden
PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, dan pemimpin mahasiswa
menyampaikan ucapan mereka.
Malah
dalam ucapan Wong Chin Huat, yang memegang perlembagaan persekutuan
dalam tangannya, berkata selagi hati dan jiwa rakyat adalah bebas dan
merdeka, maka tempat yang berkumpul itu dinamakan "Dataran Merdeka".
Segala-galanya
berjalan dengan lancar, dan hampir menutup tirai pada jam 3 petang.
Namun, dengan pembedilan gas pemedih mata pada jam 3 petang, perhimpunan
Duduk Bantah berakhir sebagaimana yang berlaku pada 9 Julai 2011.
Ketua
Pembangkang Anwar Ibrahim tiba untuk berucap di persimpangan yang
berhampiran dengan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 3 petang. Beliau
memberi ucapan ringkasnya dengan pembesar suara yang tidak begitu baik
fungsinya. Peserta menjerit agar kawat besi dibuka.
Anwar
pada mulanya menunjukkan isyarat "tidak". Namun beberapa orang peserta
di situ kelihatan telah berjaya melonggarkan kawat berduri dan
berpusu-pusu mahu menembusi halangan tersebut. Dalam keadaan yang
sesak, gas pemedih mata telah dilepaskan. Dan meriam air juga ditembak
ke atas peserta perhimpunan.
Ramai
yang berlari lintang pukang setelah gas pemedih mata dilepaskan. Malah
gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu sehingga peserta perlu
melarikan diri ke lorong-lorong kecil. Terdapat juga kanak-kanak yang
ketangisan, di samping orang tua yang sesak nafasnya. Malah wartawan
berjumpa seorang unit amal sedang diselamatkan seorang peserta di atas
kereta kerana kesesakan nafas.
Tangkapan dan kekerasan yang digunakan
Meskipun Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein mengakui bahawa kerajaan mungkin "bertindak terlampau" (over react)
ketika mengendalikan perhimpunan BERSIH 2,0 pada 9 Julai lalu, namun
cara polis menangani BERSIH 3.0 nampaknya tidak banyak berbeza dengan
dahulu. Tangkapan terus berlaku, malah mereka yang ditangkap mengadu
dirinya dikasari oleh polis. Pada masa yang sama, wartawan dan
jurugambar juga dilarang mengambil gambar aksi-aksi polis ketika
menangkap peserta perhimpunan BERSIH 3.0.
Beberapa
orang pengsan kerana terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, dan
dihantar ke hospital. Malah tindakan polis dan FRU telah mencungkil
kemarahan rakyat, sehingga sebuah kereta polis diterbalikkan.
Ketegangan antara polis dengan peserta perhimpunan tidak kurang
ketaranya berbanding 709.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.