KEADILAN DAILY
SHAH ALAM : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan bertemu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berbincang mengenai dasar pendidikan percuma di negeri itu.
Setiausahanya, Julailey Jemad berkata, AMK telah menghantar surat untuk mengadakan kunjungan hormat itu dan pihaknya kini menunggu persetujuan Khalid.
“Isu pendidikan percuma cukup luas dibicarakan. Bukan sahaja di peringkat Kerajaan Pusat dan negeri, malah wacana ini dibicarakan pada peringkat akademik, universiti dan ibu bapa di seluruh negara.
“Justeru AMK berhasrat bertemu Menteri Besar untuk berbicara dan menyampaikan idea tentang dasar pendidikan percuma, khususnya di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Julailey berkata, dasar itu wajar disegerakan untuk membuktikan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya walaupun hanya empat tahun mentadbir negeri.
Menurut beliau, AMK mewakili golongan anak muda akan menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat dalam meneruskan agenda merakyatkan ekonomi dan pendidikan di Selangor.
“Selangor mampu menjadi model dan peneraju pendidikan percuma di peringkat nasional,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.