MALAYSIA CHRONICLE
KUALA LUMPUR- Kira-kira 1,000 orang masih berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sehingga jam 2.30 pagi ini.
Mereka mulai memasuki kawasan berkenaan sejak jam 9.00 malam tadi bagi menyertai himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 yang akan bermula tengah hari nanti.
Ucapan spontan disampaikan oleh beberapa orang yang berada di kawasan itu.
Mereka yang menyertai Himpunan Hijau Anti Lynas juga menyertai orang ramai yang berkumpul di kawasan persimpangan menuju ke Dataran Merdeka itu.
Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir ke situ sekitar jam 1.30 pagi ini.
Sementara itu, beberapa jalan menuju ke Dataran Merdeka mulai ditutup secara berperingkat-peringkat sejak jam 12.00 tengah malam.
Sehingga jam 2.30 pagi ini, anggota polis trafik masih mengawal jalan-jalan berkenaan.-Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.