Khamis, 29 Mac 2012

Tiga 'gadis tiang' didenda RM25

UTUSAN ONLINE


RASAH - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.