Menteri Besar menolak dakwaan Raja Petra bahawa kerajaan negeri memberi tender secara rundingan terus bernilai lebih RM250 juta sejak Mac 2008.
Sekitar Dun Selangor
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata amalan secara rundingan terus dalam pemberian tender dan kontrak semakin menurun sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri pada Mac 2008.
Kenyataan itu sekaligus menepis dakwaan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa kerajaan negeri memberi tender secara rundingan terus lebih RM250 juta sejak 2008.
Menurut Abdul Khalid, pada 2007 iaitu sebelum Pakatan mengambil alih pemerintahan, Selangor mencatatkan kelulusan lantikan terus yang tertinggi di negara ini dengan 87 tender bernilai RM396.36 juta.
Namun jumlah itu berkurangan pada 2011 lalu apabila kerajaan negeri hanya memberi secara rundingan terus sebanyak 21 tender yang bernilai RM4.75 juta.
“Tidak menjadi masalah kepada kita, kerana Kerajaan Negeri mementingkan ketelusan dan ianya tidak banyak seperti yang digembar- gempurkan,” katanya dalam sidang media selepas sidang dewan negeri (Dun) di sini lewat petang semalam.
Beliau menjelaskan statistik tersebut tidak dibentangkan dalam sidang Dun seperti yang diumumkan sebelum ini ekoran kekurangan masa
perbahasan maka hanya memberikan fakta melalui media sahaja.
Dalam statistik perbandingan ketelusan lantikan terus dari 2005-2011 menunjukkan perbezaan jumlah rundingan terus di zaman pemerintahan Pakatan dengan Barisan Nasional (BN).
Pada 2008, sebanyak 60 lantikan terus dilakukan yang bernilai RM60 juta, 2009 (64) RM24 juta, 2010 (23) RM27 juta dan 2011 (21) RM5 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.