Isnin, 27 Februari 2012

NFC, tak perlu takut kalau tak salah, kata ahli Umno


MALAYSIA KINI

Syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak sepatutnya mencampuri urusan polis dan tidak perlu takut dengan siasatan polis sekiranya mereka tidak bersalah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

NONEOleh sebab itu, katanya adalah tidak munasabah apabila pihak pengurusan NFC menafikan berlaku pecah amanah atau penyelewengan berhubung isu NFC kerana beliau percaya bahawa polis telus dalam menjalankan siasatan.

"Serahkan kepada polis dan Peguam Negara (untuk) dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah, pihak NFC tak perlu takut," katanya dalam blog Umno Cheras.

Semalam, polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Walau bagaimanapun atas nasihat peguamnya, Shafee Abdullah, NFC semalam mengeluarkan kenyataan mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan polis berkenaan, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Mengulas perkara itu, Syed Ali berkata kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi berkenaan juga membuktikan tiada keistimewaan dalam mana-mana kes walaupun
ia melibatkan individu berpengaruh.

NONE"Mengapa pihak pengurusan NFC takut dan seperti ada sesuatu sehingga membuat kenyataan penafian (petang semalam)," katanya.

Sehubungan itu, menurut Syed Ali beliau mengalukan-alukan ketegasan polis dan memuji jabatan berkenaan kerana prihatin terhadap pandangan dan kehendak rakyat supaya siasatan dijalankan ke atas NFC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.