Khamis, 2 Februari 2012

Anwar Nafi Pergolakan Pakatan Terhadap Kenyataan Azizan

MALAYASIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pergolakan dalam Pakatan Rakyat berikutan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa kerajaan itu tidak akan melaksanakan Buku Jingga.

Beliau berkata sokongan Azizan terhadap penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah disebabkan kerajaan Kedah yang terikat oleh Universiti dan Akta Kolej Universiti (AUKU).

"Dia rasa dihina dengan kritikan yang seolah-olah dia telah buat salah. Tetapi ketika itu, Azizan terikat dengan undang-undang yang hadir (AUKU) walaupun dia tidak bersetuju dengannya," Anwar memberitahu pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina PKR di Dewan SJKC Jinjang Selatan di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Anwar menekankan bahawa semua pihak Pakatan mesti memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Buku Jingga sebagaimana yang telah dipersetujui secara kolektif.

Beliau berkata beliau berhubungan dengan Azizan mengenai isu ini.

Azizan dilaporkan berkata kerajaan Kedah tidak akan melaksanakan Buku Jingga kerana kerana ia tidak terkandung dalam Al-Quran, sambil menambah bahawa pengkritik juga perlu memeriksa status Kuin.

Beliau berkata sebagai sebuah universiti swasta, ianya terletak di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan bukan AUKU. -mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.