ANTARA POS.COM
SHAH ALAM: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyelar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang didakwa mengamalkan amalan dwi-standard kerana begitu pantas bertindak ke atas 'gagasan resistance cyber' Pakatan Rakyat, tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger yang pro Umno dan kerajaan pusat.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, pengarah propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata tindakan terbaru SKMM menahan pemilik blog Pulakdah.blogspot.com yang hanya dikenali sebagai Faizal dan membuat serbuan ke rumah beliau serta merampas barang-peribadi termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap.
Menurut beliau lagi, tindakan berkenaan jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah.
Edy juga mempersoalkan asas kukuh SKMM melakukan serbuan terbabit dan turut meprsoalkan mengapa SKMM tidak mengambil tindakan yang sama terhadap laporan polis yang dibuat oleh SAMM P.Pinang buat terhadap pemilik blog papagomo berhubung kenyataan biadap beliau termasuk menghina dan maki hamun terhadap hakim Datuk Zabidin setelah keputusan tidak bersalah terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"SAMM menggesa menghentikan siasatan dwi standard ini supaya SKMM tidak dilihat sebagai alat untuk mempertahankan regim yang zalim kepada rakyat lantas menguatkan lagi hujah betapa negara ini sangat terdedah dengan undang-undang ala 'draconian.
Dalam kesempatan yang sama, gerakan anak muda SAMM menyeru kepada rakan blogger yang lain untuk terus berjuang dan bersama menghulurkan apa jua bentuk bantuan ke atas mangsa kezaliman pemerintah kuku besi. Para peguam pendokong Pakatan Rakyat juga dialu-alukan untuk membantu dari aspek keperluan undang-undang," sebutnya lagi dalam kenyataan media berkenaan.
Menurutnya, serbuan tersebut memperlihatkan sikap dwi standard SKMM dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu laporan yang dibuat dan amalan sekaligus tidak keterlaluan jika SAMM katakan mereka adalah sebahagian dari Umno dan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.