Ahad, 29 Januari 2012

PERKASA seru Cina bantu Melayu capai 30%

MALAYSIA KINI

PERKASA hari ini berkata, pihaknya menyokong tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bagaimanapun sasaran 30 peratus pemilikan ekonomi Melayu seperti digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak harus diketepikan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40 peratus diperuntukkan kepada lain-lain kaum, 30 peratus Melayu/Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan. Saya percaya hampir 50 peratus menguasai ekonomi negara.

"Ini membuktikan, walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera, dan orang-orang Melayu, tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu, saling bergantung antara satu dengan lain, (dengan) masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

"Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus. Ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia.

"Jadi ini akan membantu keselamatan negara pada masa akan datang," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

VIDEO | 8.19 min

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.