Kerajaan pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan bumiputera di negeri ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata sebanyak tujuh bidang tanah sudah dikenal pasti setakat ini dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak penjual bagi membeli tanah-tanah tersebut.
"Satu isu yang begitu mencabar dihadapi oleh bumiputera, penduduk Melayu di Pulau Pinang ialah harga rumah semakin lama semakin tinggi, sehingga rumah teres tiga tingkat pun berharga lebih RM1.5 juta. Macam mana orang Melayu nak beli?
"Jadi, kita akan cuba cari mekanisme untuk melibatkan kontraktor dan pemaju tempatan. Kita tidak mahu hanya kerajaan sahaja terlibat, tetapi kerajaan akan memudahkan pada peringkat permulaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.
Nor Mohamed yang juga merupakan ahli parlimen Tasek Gelugor berkata perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik.
Antara perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat hampir dua jam itu adalah berhubung isu bayaran kontraktor, kursus dan seminar berhubung kerjaya untuk golongan muda dan bantuan yang boleh disalurkan untuk golongan bumiputera di negeri ini. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.