Jumaat, 27 Januari 2012

HASSAN AKIDAH DAN TUAN GURU HJ HADI BERPAKAT JATUHKAN MB SELANGOR?

Oleh: WFAUZDIN NS


KELAKAR gila. Itulah yang boleh aku cakap apabila membaca tulisan di Umno-Reform2 di SINI. Di sana ditulis bahawa ada pakatan dahulunya di antara Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dengan Dr Hassan Ali untuk menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Khalid dan seterusnya PAS akan menjadi MB Selangor.

Sinonim dengan gelaran "Hassan Akidah"

Aku petik sedikit tulisan tersebut, " Beberapa nama yang terlibat dalam membocorkan dokumen itu disebut dan antaranya adalah SU Akhbar Presiden PAS dan SU Politik Presiden PAS – agar MB Khalid terpalit dengan dakwaan rasuah di keluarkan oleh PAS sendiri. PAS di bawah Hasan Ali – berusaha untuk menumbangkan MB dan menunjukkan kepada PR bahawa MB Selangor Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan dan PAS sepatutnya menerajui Selangor" (Umno-Reform2).
Tuan Guru Hj Hadi - Presiden PAS
Apabila kita membaca keseluruhan artikel tersebut, kita seolah-olah dibawa ke dalam satu dunia bacaan humor yang kadangkala tidak lojik tetapi menarik untuk menjadi bahan ketawa. Lojikkah jika berjaya sekalipun usaha untuk menyeret MB Selangor sebagai perasuah, maka PAS akan menjadi MB Selangor? Jika terbukti Tan Sri Khalid melakukan rasuah, sudah tentu calon lain dari PKR akan menjadi MB Selangor, bukannya PAS kerana kedudukan kerusi di dalam Dun Selangor masih dikuasai oleh PKR, belum lagi dicampor dengan kerusi DAP.

"Lurus bendul" dan ketelusan Tan Sri Khalid mendatangkan cemburu musuh-musuhnya
Aku bukan mengatakan PAS tidak layak jadi MB Selangor, namun realitinya adalah sekiranya bukan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor, mungkin tokoh lain dari PKR tetap akan menjadi MB Selangor. Justeru itu, tulisan dari artikel berkenaan tidak masuk akal langsung dan hanya ditulis untuk menunjukkan Tuan Guru Hj Hadi adalah puak Dr Hassan Ali. Jika benar begitu, mengapa Presiden PAS tidak merasai apa-apa apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS?

Rengkasnya, tulisan berkenaan bertujuan untuk memerangkap kita agar saling curiga mencurigai sesama PR, terutamanya PAS dan PKR. PAS memang layak menjadi MB mana-mana negeri sekalipun hatta menjadi PM kerana sejarah menunjukkan bahawa pemimpin PAS tidak banyak kerenah atau kontroversi.

Selangor bertuah kerana Dr Hassan Ali sudah terpelanting dari PAS. Bayangkan jika beliau masih berada di dalam PAS dan ditakdirkan Selangor diperintah oleh PAS dan Dr Hassan Ali pula menjadi MB Selangor, aku berani jamin bahawa Umno akan berpesta di Selangor./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.