Sabtu, 28 Januari 2012

Autonomi tidak bermakna tanpa mansuh AUKU- Nik Nazmi

KEADILAM DAILY


KUALA LUMPUR : KEADILAN menyifatkan pemberian autonomi oleh Kerajaan kepada lima buah universiti tidak bermakna tanpa pemansuhanAkta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Semalam, Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled mengumumkan pemberian autonomi kepada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, AUKU terbukti penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik.

“Keputusan kerajaan meminda AUKU tidak bermakna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah disebarkan oleh AUKU selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

KEADILAN, katanya masih menunggu jawatankuasa dwiparti yang diumumkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah untuk meneliti akta berkenaan.

“Jawatankuasa tersebut, sekiranya menjadi realiti. Ia akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008,” katanya.

Pada masa sama, Nik Nazmi menegaskan KEADILAN kesal dengan keputusan Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) menggunakan AUKU terhadap lima mahasiswanya.

“Kami berharap keadilan akan tertegak di dalam kes ini dan semua negeri-negeri Pakatan menunjukkan komitmen mereka menentang AUKU dengan tidak membenarkan peristiwa tersebut berulang,” ujarnya.

Kerajaan semalam memberikan kuasa autonomi dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar.

Dengan pemberian kuasa autonomi, universiti dikatakan mempunyai peluang dan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan bagi memastikan institusi tersebut mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.