Muhammad Yusri Amin, | |
TUMPAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak didakwa atas pertuduhan liwat kerana ketiadaan bukti yang cukup apatah lagi mahu dirayu pula keputusan Mahkamah Tinggi selepas didapati tidak bersalah.
(Kamarudin melayan tetamu di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Tumpat)
Demikian pandangan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamrudin Jaffar dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam sempena majlis sambutan Tahun baru Cina di sini petang semalam.Kamarudin mengulas perkembangan terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, inilah pandangan pelbagai pihak ekoran tindakan pejabat Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar sebelum ini.
Kes itu difailkan rayuan pada ham 4.30 petang dan di hari terakhir ia boleh dibuat rayuan.
Kamarudin mendakwa, walau pun ada peruntukan undang-undang untuk merayu atas keputusan mahkamah, namun kes ini sepatutnya tidak di bawa ke mahkamah kerana buktinya tidak cukup.
Beliau menyandarkan perkara ini dari kenyataan dari Majlis Peguam Malaysia (Bar Council),pemerhati-pemerhati undang-undang antarabangsa.
Mereka menganggap Anwar dalam kes itu, bukan saja Anwar didapati tidak bersalah dan mesti dibebaskan, malahan mereka berpendapat sepatutnya kes itu tidak dibawa langsung ke mahkamah oleh kerana buktinya tidak cukup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.