Kegagalan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir dalam majlis penerangan berhubung pembinaan kabel berkuasa tinggi di sekiar Cheras mendatangkan kemarahan kira-kira 500 penduduk yang membantah projek itu.
Majlis penerangan itu dianjurkan oleh jawatankuasa bertindak yang baru ditubuhkan dengan mengumpulkan penduduk di Cheras Hartamas dan Taman Bukit Segar Jaya dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Mereka berharap wakil TNB akan hadir bagi mendengar rungutan mereka.
Selain TNB, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai Jenice Lee, wakil kerajaan Selangor dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) juga gagal hadir.
"Walaupun kami hantar empat bas penuh dengan penduduk ke TNB, mereka tetap tidak datang hari ini. Ini membuktikan mereka tidak hormat pada kami," kami ketua jawatankuasa itu Eadon Ching, yang kemudiannya membuang tanda nama TNB dan IKRAM ke lantai.
Hanya wakil MPAJ dan pembantu kepada anggota parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat yang hadir.
Penduduk kedua-dua tempat itu pada Rabu lalu berkumpul di bangunan pentadbiran TNB di Shah Alam dan ibu pejabatnya di Bangsar bagi menyatakan bantahan dan menghantar undangan ke majlis penerangan hari ini.
Kabel berkuasa tinggi ini dibekukan sejak Oktober selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan TNB berunding dengan penduduk terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.