GEORGE TOWN : Kepincangan dan kemelut dalaman MCA tidak dapat disembunyikan lagi apabila Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahli yang lain bertindak keluar parti malam tadi.
Dalam satu tindakan yang mengejutkan itu, menyaksikan Eng meletak semua jawatan dalam parti selain mendakwa tindakannya itu adalah kerana kecewa dengan kepimpinan MCA, lapor Malaysia Kini.
Keputusan keluar parti itu bagaimana pun mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.
Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.