Timbulnya dakwaan Datuk Seri Jamil Khir (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Agama) guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dah lama sebenarnya sekitar bulan Jun 2011. Walaubagaimanapun, pada masa itu Jamir Khir menafikan tuduhan yang mengatakan beliau gunakan wang zakat untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Anwar Ibrahim.
Ini laporan berita tersebut :
Sumber : Utusan Malaysia
Bersama-sama ini kami lampirkan surat yang ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar mengenai penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kes ini mudah sahaja untuk difahami
- Ambil wang zakat terlebih dahulu
- Kemudian bayar balik semula wang zakat yang telah digunakan
Selain itu, dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,650.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ini yang berjaya diselongkar & dan diketahui ramai. Yang tidak berjaya dikesan?
P/S : Apa pandangan anda, boleh atau tidak kita guna wang zakat yang bukan hak kita tidak kira jumlahnya kecil apatah lagi jumlah besar untuk kepentingan peribadi & sendiri walaupun kita sudahpun membayarnya semula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.